Resepi Pancake Gebu

by - October 16, 2018

Resepi pancake gebu dan mudah | Pehh tajuk, kalau baca time lapar, mau meleleh air liur haha. Pancake versi inggeris, versi melayunya 'lempeng' πŸ˜‚ .Tapi lempeng tak guna butter, susu kan.. Pancake ni guna semua tu.

Resepi pancake gebu, mudah dan sedap

Ni first time masak pancake untuk anak²...tak sangka menjadi, gebu, sedap pulak tu. Resepi asal??? Confuse sebab banyak rujuk resepi.. Adjust² bahan dan sukatan. Ini resepi pancake paling mudah kot haha. Dapat 6-7 keping kalau buat saiz standard.. Aku buat versi mini hehe... Dapat berbelas² pancake.. Anak² lebih suka saiz petites ni.. Sekali ngap je

Bahan² :

Bahan A
1 biji telur ( tak kisah saiz apa)
1 cawan susu segar / full cream / low fat
1 sk essen vanilla
2 ½ sb gula pasir / icing

Bahan B
1 cawan tepung gandum ( guna cawan susu tadi je)
1 sk baking powder
2 sb butter / marjerin ( dicairkan )

Topping
Butter dan madu untuk topping


Cara Penyediaan :


  1. Satukan bahan A, sampai sebati.. Guna sudu, spatula, wishker pun boleh
  2. Masukkan tepung, baking powder, gaul sebati, perlahan² sampai hilang ketulan
  3. Last sekali masukkan butter cair.. Gaul sebati 
  4. Biarkan / rehatkan adunan selama 15 minit
  5. Panaskan kuali leper / pan dengan api perlahan. Nak sapu butter pun ok.. X sapu lagi ok. Aku tak sapu.. 
  6. Sudukan / sendukkan adunan ditengah² pan.. Dan biar ia masak. .Dan terbalikkan
  7. Siap. .. Jirus dengan madu.. Butter.. .Boleh juga dengan coklat, aiskrim, whipping cream semua tu

Selamat mencuba




You May Also Like

5 ulasan

  1. senang je kan buat pancake ni ain.. budak-budak memang suka makan macam tu je..

    ReplyDelete
  2. Hai,jemput join segmen saya!!

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2018/10/segmen-saya-nak-buku-free-by-cuya.html

    ReplyDelete
  3. ehh nak kena cuba buat ni.. dah lama tak buat.

    ReplyDelete
  4. comelnya pancake aiin :) Boleh cuba buat nanti ni. Terima kasih kongsi resepi :D

    Fatina Mudz

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish