Resepi Vietnam Spring Roll | Popia Vietnam

by - October 22, 2018

Resepi Popia Vietnam ewan bukan main lagi haha. Dah banyak kali masuk dalam perut ,baru hari ni sempat kongsi resepi di blog. Gỏi cuốn ataupun popia Vietnam ni simple je cara nak buatnya..dan ia menggunakan bahan segar, tak perlu digoreng bagai....dimakan mentah ala² salad gitu..dan dicicah dengan sos special


Resepi Popia Vietnam| Resepi Vietnam Spring Rol

Bahan utama popia Vietnam ni adalah , rice paper..kalau takde rice paper ni,bukan Vietnam Spring Roll namanya. Rice paper diperbuat dari tepung beras, dijual berkepingan...asalnya keras...tapi bila dibasahkan ia menjadi lembut.

Rupa dalam Vietnam Spring Roll, pelbagai warna, tektur.. Rangup, kenyal.. Sedap




Rice paper ni boleh cari yang Halal di pasaraya seperti Tesco, Giant dan NSK dibahagian makanan kering atau rempah..tak silap satu paket lebih dari 20 keping, harga dalam RM3+


Mangga muda yeahhh.. Sebab aku suka rasa masam.. Boleh dipelbagaikan intinya beb

Susun bertingkek² 😂 aku suka daun ketumbat banyak... Hati² waktu rolling.. Mudah rabakkk guys


Inti Popia Vietnam pula, boleh dipelbagaikan ,dari sayuran segar yang dihiris halus, suhun, seafood yang direbus, crabstick dan banyak lagi..ikut selera masing²




Resepi Vietnam Spring Roll

Bahan Diperlukan :


Kepingan Rice Paper ( secukunya )
Daun salad
Hirisan lobak merah
Hirisan mangga
Udang yang direbus
Suhun yang dicelur dan ditoskan
Daun ketumbar

*Untuk sos, paling mudah, aku guna sos thai je haha


Cara Penyediaan :


  1. Basahkan kepingan rice paper dengan air kosong didalam pinggan, sehingga lembut. Kena hati², gentle sebab ia mudah koyak dan berlipat
  2. Bentangkan rice paper tadi diatas pinggan / chop board yang basah..supaya tak melekat, susun bahan² ....lapisan bawah sekali udang, supaya..nanti cantik haha
  3. Roll, gulung popia tadi...dah siap
  4. Enak dimakan begitu saja beb...sihat..selagi intinya direbus...tidak digoreng

Selamat Mencuba



You May Also Like

5 ulasan

  1. sedapnya nampak orang jual tapi tak pernah lagi beli. Haa terima kongsi resepi nak kena cuba ni tgk ramuan macam simple

    ReplyDelete
  2. Hari tu cari rice paper kat Tesco. X jumpa-jumpa. Teringin nk buat Vietnamese Spring Roll ni.

    ReplyDelete
  3. takpernah makan lagi, duk cari jugak sapa jual hahaha

    ReplyDelete
  4. aida x pernah makan ni, aiin.
    tak tau nak cari mana.
    nak gi vietnam, ntah bila...

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish