Seronoknya Anak-Anak Di Farm In The City

by - October 09, 2018



Sponsored post
Farm In The City ? Eh! Biar betul, ada ladang, kebun ditengah bandar? Jakun sekejap hehe. Hujung minggu baru² ni, berkesempatan bawa anak² ke sana. Teruja sungguh dorang, bilq bagitahu....di Farm In The City macam² haiwan ada. Maklumlah anak² aku ni suka dengan haiwan ternakan, sebab dekat rumah ni ada 3 pets dorang haha, ikan, hamster dan arnab

Farm In The City

Nampak tak muka teruja Bella 😂 

Wahh ramainya.. Tu pun dah awal dah kami sampai..sekitar jam 11pagi. Mungkin hari minggu kot. Dari luar dah nampak luas dan rasa sejuk, nyaman je, sebab banyak sangat pokok..

Pintu masuk ke Farm In The City

Best...Farm In The City ni berbeza dari zoo yang biasa kita kunjungi, disini konsepnya terbuka, dimana haiwan² dibiarkan bebas dihabitat masing². Pengunjung juga bebas berjalan, memegang, memberi makan, bergambar dengan haiwan tersebut.

Awal² dah disambut dengan si merpati gebu.. Jinak sangat²...sukalah bebudak ni hah

Anak² cool je. .Mamanya nya takut haha

Berkonsepkan Malaysian Village, ada lebih daripada 100 spesis haiwan seperti mamalia, reptilia, amfibia dan ikan. Sangat nyaman.. dikelilingi dengan pelbagai jenis spesis tumbuhan ,pokok buahan....ada....sungai..jambatan.. Memang feel di kampung sangat.. Sambil dengar unggas.. Cengkerik

Ostrich weh... Elok je dia duduk sekali ngan kambing tu haha.. Feeling kat kampung sangat.. Best


Terdapat 11 habitat haiwan :

  • Mood's LakeTurtle 
  • Tortoise Farm
  • Bird Aviary
  • Reptile Cavern
  • Rabbit Farm
  • Pets Village 
  • Jungle Walk
  • Vegetable & Fruit Farm
  • Savannah
  • Longkang Fishing
  • Kampong Mahmood
Makanan fresh untuk rusa, arnab, kambing

Mesin untuk beli makanan haiwan.. Tak boleh sembarangan... Kena bagi makanan khas

Makanan khas untuk haiwan ada dijual dimesin²...serendah RM2..kalau tak nak belu pun takpe, sebab disetiap habitat, ada diberikan makanan haiwan oleh staff disana. Haiwan² semuanya jinak.. Tetapi ada yang jenis terlalu lapar, sampai merampas² makanan di tangan.. Contohnya kambing haha

Wahh seronok ye.. Sama comel ngan si poney tu hehe

Adam... Cam gitu lah... dibelai² anak ayam tu 😂 tak takut

Poney Ride.. Untuk anak² kecil RM7 ...uyooo agak mahal bagi aku sebab sekali pusing je.. Tapi ok lah.. Sian pulak si poney comel tu. Keselamatan anak² Inshaallah terjamin sebab dikawal rapi oleh 2 staff

Ewahhh.. Korang siap pose atas kura² tu ek 😂 

Antara spesis kura-kura terbesar didunia

Spesis kura² yang jarang kita temui


Giant 🐢 Tortoise.. .Ya amat besar...banyak pulak tu hehe. Lucu pun ada.. Sebab ditengah² sibuk manusia lalu lalang, kura² ni cool je...slow jalan nya. Diberi makan kangkung.. Staff ingatkan supaya jaga² jari... Takut terngap dek kura² haha


Jinak nya anak burung budgie ni.. Lawa kan kaler nya

Si merak kayangan

Wahhh. .Macam berlagak je tu 😂 

Burung kakak tua yang bijak... Ada performance nya juga.. Pandai berlakon tau.. 

Bird Aviary part paling aku suka.. Segala spesis burung ada. Cantik... Jinak. Ehh ayam, itik, angsa semua ada. Even ular, buaya, iguana... Macam2 lah ada.

Overall, berbaloi dengan harga dibayar... keseronokan anak² berhibur disini.. dekat dengan alam semulajadi.. Pengalaman yang menyeronokkan.

Harga tiket masuk ke Farm In the City 

Jadual aktiviti di Farm In The City

Di Farm In The City juga lengkap dengan tandas, surau, gerai makan dan surau serta park untuk pengunjung. Yupp bab bau² memang lah ada.. Nama pun farm kan...😂


Web : 


Facebook : 
Farm in the City Malaysia


Instagram : 
@FarmInTheCityMalaysia


Hubungi : 
03 - 8941 2099 / 3099


Lokasi :
Lot 40137-40188,
Jln Prima Tropika Barat,
Bandar Putra Permai,
43300 Seri Kembangan, Selangor




You May Also Like

4 ulasan

  1. Replies
    1. Best bagi yg sukakan ladang, haiwan dan suasana kampung

      Delete
  2. wahhhh.. menarik tempat ni :)

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish