JOLIE SHIMMER SHINE CUSHION REVIEW

by - November 21, 2018

REVIEW JOLIE SHIMMER SHINE CUSHION |Guys....exspecially gigirl..korang suka makeup tebal ke, mekap nipis yang tak heavy ? Kalau aku, calit² , apply nipis bb ,cc, dd cushion pun dah cukup hehe. Sejenis yang tak suka apply banyak lapis mekap, nak pula muka memang sensitif. Baru² ni ada tengok member² guna Jolie..macam best, rata² bagi komen positif.

Jolie Shimmer Shine Cushion

Jolie ni bedak cushion buatan Malaysia tau. Dah ada dalam pasaran sejak bulan September hari tu. Kelainan dan keistimewaan Jolie berbanding yang lain adalah ia disahkan HALAL oleh JAKIM dan ada effect shimmer atau berkilau. Kalau dalam istilah kbeauty..adalah seperti ' chok chok skin ' ala² effect glass skin

Matte box hitam, nampak elegan... HALALI selamat digunakan 

Elegan kan designnya. .Puff tu nipis tapi lembut


Kenapa Jolie Shimmer Shine Cushion Best ???

  • Mengandungi Vitamin C dan SPF35+ yang mampu melindungi kulit dari Sinar UV dan UVB yang merbahaya.
  • Mengekalkan kelembapan kulit
  • Meremajakan kulit, kulit jadi halus dan glowing secara semulajadi
  • Menutup cela pada kulit wajah dan tona tidak sekata
  • Ligh weight dan tidak berminyak
  • Mudah dipakai dan dibersihkan ( mesra solat )
  • Mengurangkan eragat dan mengecilkan liang pori di wajah dengan pengunaan berterusan
  • Ada 2 pilihan warna mengikut tona kulit kod CREAM ( NOT180806339K ) CARAMEL  ( NOT180806340K )
1 layer dah memadai.. Dap² sampai sekata...

Overall, packaging simple but nice. Tekstur nya ringan dan tak melekit, bila pakai,takkan tinggalkan kesan pada tudung, memang ia hanya melekap dimuka. Effect nya not bad dan wow, pakai 1 layer nipis je dah lawa,natural sangat,effect glowing tu memang lawa..walaupun nipis tapi mampu cover parut² dan pori² yang luas tu.

Not bad kan coverage Jolie, boleh cover dark circle, dark spot manja hehe.. Tersuka sangat dengan kod ni... Aku guna kod Cream

Pakai Jolie Shimmer Shine Cushion ,tak payah pakai apa² dah pun takpe...kalau nak guna loose powder pun lagi ok kan. Not bad mampu bertahan lebih 3 jam..masih ok.

Kesan penggunaan berbeza mengikut jenis kulit, cara penggunaan individu. Rujuk doktor atau pakar terutama yang mempunyai sebarang masalah kulit muka dan kesihatan. 


Tambah kapsyen

Overal 

Packaging 🌟 🌟 🌟 🌟 🌟 / 5 
Tekstur / effect 🌟 🌟 🌟 🌟 /5 
Harga 🌟 🌟 🌟 🌟 /5 Repeat beli lagi tak???? YA


Headquaters : 
joliebeauty.hq@gmail.com

Facebook :

Instagram :

Harga biasa :
RM75


You May Also Like

2 ulasan

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish