LAB 11 Full Lift Shampoo & Soft Mask Series Jadikan Rambut Lebih Sihat Dan Cantik

by - November 10, 2018

LAB 11 Full Lift Shampoo & Soft Mask Series Jadikan Rambut Lebih Sihat Beralun | Rambut, diibaratkan sebagai mahkota, tak kira lelaki ataupun perempuan, tidak kira berhijab mahupun free hair. Teruja apabila diperkenalkan dengan rangkaian penjagaan rambut terbaru dari LAB 11 minggu lepas di Eco Sky, sempena LAB 11's Full Lift Product Exclusive Private Preview 

LAB 11 Full Lift Shampoo & Soft Mask Series 

Seramai 80 orang beauty blogger dan Influencer turut hadir dimajlis tersebut. Masing2 teruja dan tak sabar untuk mencuba set rangkaian penjagaan rambut terbaru dari LAB 11 , ohh ye aku menang lucky draw juga tau.. Dapat alat macam mini laser tu untuk rawat jerawat

Muka excited, nak cuba LAB 11 Full Lift Series 


LAB 11
Merupakan jenama dibawah GlobalStory yang sememangnya terkenal dan berpengalaman dalam bidang penjagaan rambut dan kecantikan sejak 18 tahun.

Penerangan daripada Derick Ooi, Group CEO & Founder Global Story

Mempunyai 11 cawangan Hairstory Salon , 1 HairStory Academy, 2 SugarNails Salon dan 2 outlet FaceStory

Apa Yang Istimewa Dengan LAB 11 Full Lift Shampoo & Soft Mask Series ???

Rangkaian penjagaan rambut dari LAB 11, shampoo dan mask rambut, packagingnya simple but nice

Bebas kimia, selamat digunakan semua jenis rambut dan seisi keluarga 

  • Tanpa pewarna tiruan
  • Bebas bahan pewangi
  • Tanpa MIT / CMIT
  • 100% ekstrak semulajadi 
  • 100% minyak essential asli

Kandungan 100% natural 

Selain itu LAB 11 Full Lift Shampoo & Soft Mask Series diperbuat daripada bahan semulajadi berkhasiat dan bermutu untuk menjadikan kulit kepala dan rambut menjadi lebih sihat, bersinar, beralun.

Watercress
Membantu menguatkan akar rambut dan membuat rambut lebih elastik, kuat dan beralun
Castor Oil
Melembabkan kulit kepala dan rambut. Menjadikan rambut lebih halus dan mengurangkan masalah rambut gugur
Lime Essential Oil
Menyingkirkan minyak dan menyeimbangkan kelembapan kulit kepala 
Sweet Orange Essential Oil
Membuatkan rambut lebih berkilat, bouncy wangi dan mengurangkan kelemumur
Peppermint Essential Oil 
Membantu meningkatkan peredaran darah disekitar kulit kepala
Argan Oil
Membekalkan nutrisi, membantu merawat masalah rambut



LAB 11 Full Lift Shampoo  300ml

Botol plastik jernih, mudah untuk lihat kandungan shampoo dan mask.. .Dalam bentuk pump, mudah untuk control ammount penggunaan

First impression
... Wahhh macam bau oren lah πŸ˜‚ mesti warnanya oren kekuningan macam tu.. Ehh bukan lah.. Warnya jernih,tapi memang best bau oren.. Sebab memang ada Lime & Sweet Orange Essential Oil didalamnya

Warna jernih, baunya sangat 🍊, buih halus.. Rambut terasa ringan je, pakai sikit pun dah ok

Cara penggunaanya.. Sama macam shampoo yang biasa, basahkan rambut, pump sedikit LAB 11 Full Lift Shampoo ,dan urutkan rambut, kulit kepala. Kemudian bilas.

Kelebihan LAB 11 Full Lift Shampoo 
Menguatkan akar rambut, membantu pertumbuhan rambut yang sihat, mengurangkan keguguran rambut, mengawal pengeluaran minyak, rambut lebih fuller, no frizz dan relaxing.



LAB 11 Full Lift Soft Mask  250ml

LAB 11 Full Lift Soft Mask

Fungsi mask sama macam conditioner. Memang kena pakai selepas selesai bershampoo supaya kekal hydrate, menghilangkan simpulan,kerosakan dihujung rambut dan mengurangkan rambut kerinting dan flat

Teksturnya agak berminyak pada awalnya.. Selepas dibilas.. Tidak lagi...

Cara menggunakannya , apply beberapa pump soft mask mengikut kepanjangan, lebat rambut masing²....pada rambut sehingga kehujungnya. Biarkan selama 3 minit supaya nutrisi essential oil meresap ke dalam fiber rambut.. Kemudian bilas.. Dan keringkan. Teksturnya macam conditioner.... pada awalnya agak gressy...bila sudah diapply dan dibilas... Dah tidak gressy lagi.. .Lembut sangat.. Ada juga bau² oren tapi tak sekuat shampoo.

Kelebihan LAB 11 Full Lift Soft Mask 
Membuatkan rambut feels fuller, mencantikkan dan merawat hujungbrambut, menguatkan akar rambut, menghalang keguguran rambut, melindungi rambut dari kering dan flat, no frizz dan relaxing

Sebelum dan selepas penggunaan LAB 11 Full Lift Shampoo & Soft Mask, rambut lebih terurus, lembut, wangi, lurus dan bersinar

Untuk effect lebih bagus, boleh gunakan hair dryer... Senang je.. Sikat rambut ha.. Boleh nampak rambut lembut, halus kan


Overall, secara jujurnya.. Memang suka dengan LAB 11 Full Lift Shampoo & Soft Mask Series , lepas menggunakan shampoo dan soft mask ni, rambut aku yang sebelum ni agak kering dan frizzy jadi lembut, wangi dan mudah diurus.. disikat.. Biasanya pakai minyak rambut..ni tak pakai pun dah ok.. Bak kata orang.. Pakai jari pun boleh hehe.. Dan paling best.. Baunya sangat menenangkan.. Dan kulit kepala tak terasa gatal sangat. 



Overal 
Packaging 🌟 🌟 🌟🌟 🌟  /5
Tekstur / effect 🌟 🌟 🌟🌟  🌟 /5
Bahan Kandungan 🌟 🌟 🌟🌟  🌟 /5
Harga 🌟 🌟 🌟  🌟 /5
Repeat beli lagi tak???? YA










You May Also Like

2 ulasan

  1. wahhh.. mcm best. tq for sharing

    ReplyDelete
  2. Jemput join Planner 2019 Giveaway hehe :) https://messarah.blogspot.com/2018/11/planner-2019-giveaway-by-lullabyssz.html

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish