Makanan Thai Sedap Di Mr Tuk Tuk

by - November 29, 2018

Mr Tuk Tuk antara port makan makanan Thai yang sedap dan berbaloi. Sebelum ni ada nampak rakan bloggers buat review pasal Mr Tuk Tuk ni.. Nampak banyak sangat variasi makanan...tempting sangat

Mr Tuk Tuk Nu Sentral 

Beberapa minggu lepas...Alhamdulillah ada rezeki untuk mencuba sendiri menu di Mr Tuk Tuk di cawangan Nu Central..tak silap banyak lagi makanan cawangan.. Korang google la ek 😂 Masa tu, kebetulan otw nak ke event, so isi perut dulu

Tuk Tuk Beef Noodles dan Kerabu Mangga

Thailand sangat dekorasinya... Tapi staff tak silap bukan thai.. Philippines kot.. Tak fasih berbahasa Melayu dan Inggeris. .apa lagi main tunjuk² menu la

Time lunch penuh restoran ni, agak bising disebabkan ia terbuka dan sempit. Aku order Tuk Tuk Beef Noodles dan Mango Salad. Harga not bad.. Nampak macam mahal....tapi porsi sangat banyak..kenyang
Opps tak order air sebab... Kopi yang belu sebelum tu tak habis lagi 😂 kecik besar je waitress tu tengok haha


Seriously sekali suap umphhh dap... Untuk mee tu, dagingnya empuk sangat..Ala² bihun sup atau Vietnam Sup tu...  Best giler tambah dengan cili Thai tu... Kerabu mangga pun sama.. Banyak.. Cuma mangga nya kurang muda. And Ofcoz dalam hati terus niat.. Repeat lagi 😂

Makanan : 4/5
Suasana : 2.5/5 
Servis : 2.5/5
Harga : 3/5
Overall : Repeat sebab sedap hehe.. Even agak mahal

 Lokasi :
Nu Sentral, Kuala Lumpur Sentral, 
50470 Kuala Lumpur, 
Federal Territory of Kuala Lumpur

You May Also Like

0 ulasan

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish