Pakej Perkahwinan Menarik Di Pameran Pengantin MEFA 2018

by - November 22, 2018

Nak cari pakej kahwin ke tu ? Korang dah merancang untuk melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi tapi masih lagi blur dan belum buat persiapan majlis atau pun masih lagi tercari-cari pakej perkahwinan yang sesuai untuk
majlis korang nanti? Risau ditipu ??

Pakej Perkahwinan menarik di MEFA


Kalau iya.. korang wajib berkunjung ke Pameran Pengantin MEFA
yang akan diadakan di Shah Alam Convention Centre (SACC) pada 7-9 Dec 2018 ini dimana disini korang boleh cari semua pakej perkahwinan lengkap untuk majlis korang.

Pameran Pengantin MEFA 2018

Pameran Pengantin yang dinanti-nantikan serta paling BEST dan dipercayai di Malaysia akan menemui korang semua
terutama bakal-bakal pengantin dari seluruh lembah klang. Kali ini, Pameran oleh Malaysia Wedding Festival (MEFA) akan diadakan di Shah Alam Convention Centre (SACC) akan menawarkan pelbagai
promosi, pelbagai pakej perkahwinan lengkap, pelbagai jenis vendor perkahwinan khas untuk bakal pengantin.
Jika anda bakal-bakal pengantin yang mencari produk seperti, Katering, Pelamin, Busana Pengantin,Pakej Lengkap Pekahwinan, Dewan Perkahwinan, Kad Kahwin, Fotografi, Videografi, Door gift, Hantaran dan macam-macam lagi, Pameran Pengantin MEFA adalah pilihan paling tepat.

Pelbagai pakej tawaran menarik disediaka 

Jangan lepaskan peluang tau! Pameran Pengantin MEFA akan berlangsung pada bermula pada 7 Disember 2018
(Jumaat) sehingga 9 Disember 2018 (Ahad) di SACC, Shah Alam.

Menarik Di Pameran Pengantin MEFA
Apa yang Menarik jika korang membuat tempahan di pameran? Dengan promosi selama 3 hari sahaja daripada vendor perkahwinan yang berpengalaman dan berkualiti. Vendor-vendor perkahwinan ini
menawarkan pakej-pakej yang memberi kelebihan kepada bakal-bakal pengantin seperti diskaun sehingga 50%, percuma kambing golek, percuma penghantaran dan paling BEST! Percuma pakej bulan
madu. WOW! Memang rugi kalau tak cuba rebut peluang ini.




Tapi… Antara promosi di pameran paling disukai oleh semua bakal-bakal pengantin adalah cabutan bertuah sebab penganjur akan memberikan cabutan bertuah seperti baucer, barangan gajet, pakej bulan
madu, wang tunai, Tshirt limited edition dan banyak lagi. Jika korang adalah orang yang 1,000 terawal datang, penganjur akan menyediakan hadiah istimewa nanti.
Rugi kalau tak datang awal dan buat tempahan awal, silap-silap nanti, habis semua orang rebut.

MEFA 7-9 Dec 2018

Yang paling best pada abad ini, jika korang sukakan pertunjukan fesyen dan makeup, korang boleh saksikan semuanya secara LIVE di pentas MEFA selama 3 hari. LIVE Makeup daripada MUA ternama di Malaysia akan dilakukan di pentas MEFA pada hari Jumaat dan Sabtu, manakala pertunjuk fesyen pada hari terakhir iaitu Ahad.

Jangan ketinggalan tau! Ini tawaran yang bukan main-main untuk bakal-bakal pengantin. Bagi memudahkan semua yang datang, boleh layari laman social penganjur yang sentiasa up to date perkembangan pameran.

FACEBOOK

INSTAGRAM

WEBSITE

P/S: Sebarang pertanyaan atau ingin menempah booth jualan boleh hubungi: Encik Azahari (012-
3871775). Jangan lupa share hal ini dengan keluarga atau rakan-rakan you all yer.

You May Also Like

4 ulasan

  1. Senang tak bersepah rumah kan...
    segalanya di buat di luar..yg penting duitnya :)

    ReplyDelete
  2. Kan. .Senang ada pameran pengantin ni. .Banyak choice

    ReplyDelete
  3. Dulu tak pernah terfikir nak pergi event macam ni. Terasa lah rugi tak pergi dulu

    ReplyDelete
  4. info berguna... seronok tengok pakej2 kawin ni..

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish