Resepi Japanese Pancakes Mudah

by - November 19, 2018

Resepi Japanese Pancakes Mudah | Japanes Souffle Pancake スフレパンケーキ berbeza dengan pancakes biasa yang kita makan tu. Ia tersangatkah gebu, ringan, airy. Dah macam gigit awan 😂 Eh pernah rasa ke awan??

Japanese Pancakes sedap, gebu, airy


Kalau google atau search di utube, ada banyak version... Ada guna pan biasa, bake di oven dan kukus. Dari bahan pula, ada yang guna buttermilk, cheese, baking powder dan sebagainya.

Gebu nya...nampak macam Japanese cheeese kek pun ada kan

No worries, resepi aku ni mudah, simple je.. Sukatan pun pakai sudu. Boleh dapat 5-6 biji Japanese Pancake sederhana. Rasanya lain sikit pada pancake biasa

Kan dah kata airy.. .Ringan.. Patutlah bebudak ni suka

Pun sama sedap dimakan begitu saja, waktu breakfast , hi-tea, boleh topping pakai mapel syrup, madu, coklat, gula kastor dan lain²


Bahan yang diperlukan :

Bahan A
2 biji kuning telur ( tak kisah saiz apa )
2 sudu besar susu ( tak kisah full cream dll )
1 sudu kecil vanilla esen
3 sudu besar tepung gandum ( nak ayak.. Ok.. Tak ayak pun ok)

Bahan B
2 biji putih telur
2 sudu besar gula pasir

Cara penyediaannya :

Bahan A

Bahan B

Kaup balik je.. Jangan di kaup² banyak kali.. Kurangkan udara 

Saiz standard 3 sudu

  1. Satukan bahan A sehingga sebati menggunakan wishker
  2. Pukul Bahan B  telur dulu, sampai berbuih dan tambah gula, pukul sampai kembang dan bertanduk menggunakan mixer. 
  3. Pastikan betul² kental bertanduk macam nak buat pavlova, mariague tu
  4. Campurkan Bahan B kedalam. Bahan A, adun sebati guna teknik kaup balik
  5. Oleh butter pada pan, dengan apu kecil sudukan 3 sudu besar adunan... Kemudian tutup pan dengan tutup periuk..renjis sedikit air masak untuk efek steam
  6. Balikkan dan renjis lagi air
  7. Siap.. Bila ia kering dan warna keperangan






You May Also Like

9 ulasan

  1. Mcm nk try tapi mcm errrr... Renyah nya.. Haha

    ReplyDelete
  2. tengok gambar pun dah tahu level gebu dia macam mana

    ReplyDelete
  3. so yummy...akak nak try ler buat kek..tapi tak taulah bila tahap kerajinan tu nak datang...kah²

    ReplyDelete
  4. Hi, i need your help to blast my crowdfunding campaign for my studies expenses. All the details are in the blog post. Thank you!

    https://messarah.blogspot.com/2018/11/my-crowdfunding-campaign.html

    ReplyDelete
  5. Kita datang curi resipi...hahaha...nak buat jugakkk..haha

    ReplyDelete
  6. buat sendiri lagi puas hati kan...

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish