7 Cara Menggunakan Loose Powder ALTHEA PETAL VELVET POWDER

by - December 27, 2018

Loose powder atau bedak tabur, nampak macam remeh, macam tak perlu je ada dalam laci makeup kan 😂 Sebelum ni, seriously aku ingat loose powder hanya untuk kegunaan professional makeup tu semua. Dah ada dalam komuniti beauty² ni, kenalah tahu, belajar kan... Untuk nampak lebih berseri² giteeww

Althea Petal Velvet | Translucent | Warm Beige | Lavender 

Banyak jenama loose powder yang ada dipasaran... Daripada translucent / putih hingga ke pink, beige dan bermacam lagi. Kegunaan asasnya untuk control minyak, berkilat di muka... set makeup... Rupanya banyak lagi kegunaan loose powder... Hasil research semalam... Antara kegunaan bedak tabur

  • Guna loose powder tanpa produk lain dapat cover, kilatan minyak di kawasan Tzone, pores pun nampak lebih halus... Bagus sangat untuk yang jenis muka berminyak. Pakai lapisan nipis je macam bedak baby tu
  • Set foundation . Lepas apply liquid atau cream foundation boleh terus dap loose powder, ia akan seal lembapan foundation tu, so oily² kat muka, kurang, makeup pun tahan lama
  • Lentikkan bulu mata. Sebelum pakai mascara, tabur loose powder sikit atas bulu mata, then apply satu layer mascara then tabur lagi loose powder then... Mascara... Bulu mata akan nampak lentik dan lebat
  • Eye liner lebih tahan lama sama macam tadi, sebelum lukis eyeliner..apply sikit loose powder.. Then lukis
  • Betulkan makeup kalau terlebih bronze, shading, highlighter... Boleh dust loose powder bagi nampak natural semula.. Sama macam eyeshadow 
  • Baking  & sandbagging dah siap semua makeup, tinggal bahagian mata.. So boleh set up makeup dengan 2 teknik ni, guna loose powder... Bagi tersorok semua cela.. Makeup nampak smooth
  • Glossy lipstick kepada matte yup... Glossy lipstick boleh jadi effect matte dengan loose powder... Apply 1 lapisan lipstick... Kemam bibit dengan tisu... Then dap lembut dengan loose powder.. Buatkan lipstick tahan lama juga



Althea Petal Velvet Powder 
Produk pertama dari Althea Korea, memula dulu ada translucent je, sekarang ada 2 pilihan lain... .warm beige dan lavender. Lavender tu special sikit, limited edition sempena 3rd anniversary Althea

Tekstur sangat halus, lembut, puff pun gebu

Saiz poket yang tersangatlah cute mute , bau floral gitu.. Althea lah katakan... Tekstur sangatlah halus. .Paling win...puff tu dah macam macaroon hehe tu sangat gebu dan lembut


Natural.. Sesuai untuk Semua tone kulit


Yang translucent dah box ke dua pakai.. Best.. Pergi beli ikan pun pakai 😂 apply Althea Sunaway... Then Althea Petal Velvet.. Dah cukup...nampak mulus, tak oily pun muka. Harga pun ok RM16 korang boleh dapatkan direct dari www.althea.kr








You May Also Like

3 ulasan

  1. Best kan guna velvet powder ni.. Selalu guna loose powder ni utk cover foundation dan dap dap kat bibir tu ..

    ReplyDelete
  2. Sama la, akak pun suka guna loose powder lps apply foundation. Muka x berkilat sbb minyak..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum mamam darwish . . lama tak singgah sini . . blog lama delete dah . . ni blog baru . . lama kita menyepi dari dunia blog menahan rindu nak menaip and blogwalking . . huhu . . kita pun ingat loose powder tak penting ingat function dia sama je dengan compact powder. . rupanya ada beza jugak ya . .


    jemput join segmen blogwalking kita

    http://nurulaineddihar.blogspot.com/2018/12/segmen-blogwalking-by-nurul-ain-eddihar.html

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish