Nampak Remeh... Tapi

by - December 21, 2018

OMG 😱 boleh siap makeup, buat live streaming, siap boleh balas-balas whatspp masa bawa kereta....cannot brain la weh....Bahaya sangat tu. Buatnya tercocoh kemata time makeup tu, tak ke naye lol... Nasiblah aku ni tak cukup pro sangat drive kereta, kalau tak aku pun tergolong dalam kategori ni kot haha

Itu belum lagi sentu bab seat belt, nampak remeh kan, tapi sebenarnya sangat memberi kesan pada pemanduan... mendedahkan kita pada risiko kemalangan dan kecederaan...Untuk lebih selamat makesure kenderaan kita dalan keadaan baik, attitude bagus... Contohnya

  • Pakai tali pinggang keledar dengan kemas dan pastikan semua penumpang pun memakainya 
  • Rancang perjalanan supaya kita dapat memandu dengan lancar, tanpa teragak-agak untuk masuk simpang, lorong dan sebagainya
  • Rehat secukupnya, berhenti rehat kalau rasa penat dan mengantuk atau ganti pemandu
  • Elakkan pengambilan ubatan yang boleh menyebabkan mengantuk seperti ubat batuk, selesema dan minuman bersusu
  • Memandu dalam mood yang baik, tenang, supaya dapat memandu dengan baik dan tenang, tak terburu-buru
  • Pastikan jarak antara kereta adalah selamat, terutama di hentian lampu isyarat dan ketika hari hujan
  • Perlu sentiasa peka dengan kenderaan lain, kawasan sekitar contohnya lampu isyarat, lopak dijalan
  • Pastikan tekanan angin pada tayar sentiasa mencukupi supaya pemanduan lancar, cengkaman yang baik selain memeriksa kondisi kereta sebelum memandu, seperti air, minyak hitam, cermin sisi tu semua
Kena alert korang dengan benda-benda macam ni, sebab kita memang terdedah dengan bahaya semasa memandu, aku pun risau, terutama bawa anak sekali. Huh... 

Dan dengan sebab inilah, Bank Negara telah mewujudkan liberalisasi tarif insurans / takaful motor sejak 2016dimana kadar premium insurans takaful atau sumbangan takaful berdasarkan pengurangan risiko. So kita kena lebih cermat dan berkhemah semasa memandu sebab kadar premium makin tinggi jika risiko kemalangan tinggi

So kalau tak nak bayar kadar premium tinggi, dari sekarang jom pastikan kenderaan kita dalam keadaan yang bagus, pemanduan berkhemah. Korang boleh layari laman web piam.org.my atau www.malaysiantakaful.com.my

















You May Also Like

0 ulasan

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish