Persiapan Ke Sekolah | Kasut BATA Buat Adam

by - December 10, 2018

Persiapan Ke Sekolah | Kasut sekolah BATA Buat Adam Tahun 2018 bakal melabuhkan tirai tak lama lagi. Maka sibuklah ibu² dan bapa menyiap nyediakan kelengkapan anak² ke sekolah untuk tahun 2019. Sama juga macam kami, tadi siang berkesempatan membeli sedikit persiapan sekolah untuk Adam dan Bella.. .Ya.. Bella pun nak Tadika dah hehe.

Kasut sekolah Bata untuk Adam

Selain seragam sekolah, alat tulis.. . Kasut sekolah adalah benda penting dalam senarai kelengkapan sekolah anak². Kena beli yang betul² berkualiti, tahan lasak... Sebab nanti takdelah asik bertukar ganti je kasutnya.. Macam sebelum ni.

Memang terasa agak mahal berbanding jenama biasa, tapi sama je, tak sampai 2-3 bulan dah koyak.. Kena beli lagi... Kosnya lebih kurang je kan. Bak kata pepatah biar 'alah membeli, menang memakai' gitu.

Bata, Tesco Damansara

Kasut sekolah Jenama Bata....buat Adam untuk kali ini. Memang dah terkenal dengan ciri tahan lasak...selesa dan berbaloi jenama Bata ni, tak disangkal lagi. Seratus tahun di dalam pasaran, memiliki lebih daripada 5000 cawangan di 70 buah negara termasuk Malaysia.

Maklumlah anak lelaki ni lasak sikit... So kena beli kasut yang tahan lasak... Tapi selesa.. Ringan... Dan metarial yang bagus

Pilihan kasut sekolah putih dan hitam di Bata dengan diskaun menarik 

Ohhh ye... bermula tahun 2019 kan.. Dah dimulakan dengan sistem pemakaian kasut stokin bewarna hitam... Jadi kasut sekolah warna hitam kami beli untuk Adam. Tapi tahun 2019 juga masih boleh pakai kasut putih lagi... 2020 baru berkuat kuasa sepenuhnya. 

Tawaran harga yg berpatutan di Bata

Banyak pilihan kasut sekolah selain kasut² lain di Bata

Bag pun ada sales.. .Balik menyesal.. Tak beli.. Kena repeat nanti


Rasa lega.. Sebab harganya berpatutan.. Ada pula sales dan diskaun tu..lebih jimat.. lagi jimat bila buat belian combo berbanding 1 unit. Selesa beli kasut di Bata sebab staffnya friendly dan ruang premis pun luas...

Wah... Happy Adam dapat kasut baru.. Belajar rajin² ok

Wahhh segak bergaya dengan BFirst Bata, warna, metarial yang berkualiti yang penting selesa.

Pilihan kasut pun banyak. Eh bag sekolah pun ada sales.. Murah... Cantik² dan semestinya berkualiti.  Bukan hanya kelengkapan untuk sesi persekolahan.. Malah di Bata pelbagai jenis kasut, seperti kasut ke pejabat, kasut sukan, sandal, selipar, bag tangan semuanya ada dijual. Sambil² beli kelengkapan anak² , boleh lah cuci mata hehe. 

Jangan lupa beli sekali kelengkapan sampingan di Bata, seperti stokin, kapur, pengilat kasut.. Semuanya ada di Bata

Eh jangan lupa daftar keahlian Bata secara percuma untuk dapatkan lebih penjimatan untuk kunjungan belian dilain masa. 

Lega sikit dah selesai satu babak.. Hehe lepas ni cari uniform sekolah pulak

So korang yang bercadang nak membeli kasut, bag dan kelengkapan sekolah anak² boleh lah ke mana² cawangan Bata seluruh Malaysia.. Semestinya puas hati dengan kualiti, harga, design yang disediakan. Pelbagai tawaran diskaun ada sempena musim kembali kesekolah ni. Untuk lebih details boleh layari: https://www.bata.com.my


You May Also Like

2 ulasan

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish