Resepi Dumpling Sedap

by - December 15, 2018

Dumpling antara makanan kegemaran si Adam. Kalau di Cina dipanggil dumpling, Korea mandu, Jepun gyoza dan kalau di negara barat ada ravioli. Konsepnya sama je, dengan kepingan doh berasaskan tepung gandum, tepung beras, tepung ubi kentang dan berintikan cincangan daging ayam, daging, udang dan bermacam lagi. Boleh dinikmati dengan cara merebus, steam, goreng dan simmering

Resepi dumpling 

Resepi dumping  ni, tiada sukatan spesifik tau... Ikut rasa hati haha... Agak2 la amaunnya tu aku gunakan inti ayam dan separuh lagi daging. Intinya boleh tukar ikut selera korang. Macam daging tu nak cepat, beli je daging kisar ready made kat market tu... Sayuran tu boleh tukar juga ikut selera.



Resepi Dumpling :
Klik resepi kulit dumpling di SINI

Resepi Inti Dumpling :

Bahan² untuk filling dumpling 

Daging lembu / ayam *
1 ulas bawang putih *
½ biji bawang merah *
Daun bawang *
½ biji lobak merah *
3 cendawan butang *
Lada sulah
Garam
Gula
1sk kicap soya cair
1sk minyak bijan
1 biji telur

Gaul sebati, perasakan.... Siap.. Mudahkan

Kelim dumpling tak berapa cun 😂 kena belajar lagi.. Utube kan ada hehe

Cara penyediaannya :
  1. Cincang halus bahan bertanda *
  2. Campurkan semua bahan² ,gaul sebati
  3. Sudukan inti ketengah bahagian kulit dumpling, lipat dan kelim kemas² supaya inti tak terkeluar
  4. Sapu minyak dipermukaan pengukus supaya tak lekat.... Susun dumpling jangan rapat² nanti melekat
  5. Kukus selama 10-15 minit
  6. Sedia untuk dimakan



You May Also Like

2 ulasan

  1. Fav dumpling tp idok la buat..mmg mkn kt restoran je tkpun bli yg frozen hehe...dapnye bole wat sdiri tu

    ReplyDelete
  2. Wah menarik ni... Nnt nak try buat kulit dumpling tu...

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish