Resepi Half Baked Cheese Tart Ala Hokaido

by - December 18, 2018

Resepi Half Baked Cheese Tart Ala Hokaido & Tokyo Secret | Ewah dengan beraninya samakan resepi dengan jenama mahal tu hehe. Tapi seriously secara teknikal dan rasa sama... Cuma beza dari segi jenama bahan yang digunakan.

Resepi half baked cheese tart ni hanya gunakan bahan yang murah. Berbeza dengan cheese tart biasa, half baked cheese tart ni, filling nya ala larva gitu, meleleh je. Crust tart atau sarung tart tu sama je, repui rapuh.

Aku dapat resepi ni dari utube channel masak² jepun.. Sebab memang tart jenis ni berasal dari sana katanya. Cuma untuk crust tu aku ikut teknik Gordon Ramsay... Untuk hasil lebih repui... Tak berat


Bahan diperlukan 

Bahan untuk crust :
60g      butter
25g      gula castor
1 biji   telur kuning
100g    tepung gandum

Bahan untuk filling :
120g    cream cheese
60g      whipped cream
25g      gula castor
1 biji    telur kuning
10g       susu segar
3g         tepung jagung
1sk       esen vanila / jus lemon

Cara penyediaannya korang boleh refer di video utube aku ni, so lebih jelas caranya secara visual.



Noted :

  • Untuk crust, butter seeloknya direct dari fridge dan jangan satukan dengan tangan... Nak kekalkan suhu butter tu supaya dapat doh yang rapuh, ringan. Jangan guna mixer... Masa uli last tu...uli sekejap je
  • Suhu oven bergantung pada kepanasan oven masing²
  • Memang kena cucuk tengah² doh dalam acuan supaya tak mengelembung bila dibakar.... Guna pemberat pun boleh









You May Also Like

0 ulasan

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish