Sauna Di Rumah Pulak, Lepas Ni Apa Pulak????

by - December 28, 2018

Badan makin hari makin naik... Usaha nak turunkan berat badan sekejap on, sekejap off, zumba memang dah tak pergi.. .makan??? emmm... threadmill , trampoline beli dah 😂 tapi tu la.. Malas...nauzubillah...jangan salahkan alatan... Kalau sendiri tak boleh kawal nafsu 😈 Latest aku sambar pula sauna haha. Murah² di Shopee


Set sauna di rumah, comel, macam² design dan warna

Dah lama aim.. tapi masa dulu mahal 3-4 ratus satu set... Sekarang RM140 dah boleh dapat. Nak lagi complete beli yang mahal sikit sekali kerusi, minyak terapi..  Last sauna... Tahun lepas kot, bayangkan...nak ke spa... Satu hal..masa, bajet... .Uiii banyak nya alasan. Bukan apa.. Lagipun aku ni sejenis yang segan... Bila orang asing duk tengok² badan macam dalam spa tu.

Sebelum beli aku google, cari kat utube dulu info.. Pasal sauna.. Bahaya ke tidak.. Bagus ke tidak... Dah jawapannya positif. Antaranya dari Kevin Zahri di blognya https://kevinzahri.com/sauna-bantu-bakar-lemak-atau-air/... Kebaikan sauna



  • Membuang toksin
  • Mengurangkan stress
  • Menenangkan fikiran
  • Melegakan otot
  • Menyihatkan mencantikkan kulit
  • Bakar 300-400 kalori pada 1 sesi sauna
  • Mengeluarkan peluh 500g setiap sesi


Wahhh menarik tapi AWAS..larangan semasa sauna
  • Jangan duduk dalam bilik sauna lebih daripada 45 minit. 
  • Selepas keluar sauna, pastikan rehat secukupnya
  • Minum air yang mencukupi untuk menggantikan cecair dan mineral yang hilang semasa bersauna.
  • Tanggalkan contact lense sebelum masuk sauna.
  • Perempuan preggy, ada masalah jantung tak boleh sauna
  • Berhenti...kalau degupan jantung makin laju, tak selesa bernafas atau rasa mengantuk

Sekali pandang macam rice cooker hehe, ini untuk masukkan air, siap dengan timer, boleh adjust masa... 

Kena letakkan kerusi, yang kecil kat bawah tu, medicine box, tempat letak mandian herba, ada 3 jenis plug, aku pilih plug Malaysia.. 2 soket tu


Heheh baru guna 2 kali sauna... Dapatlah layan 30minit setiap sesi...Waktu petang.. Peluh jangan cerita lah... Dah macam mandi dalam tu... Kena lap, cuci lepas tu okay. Waktu petang... Best ringan badan, kulit pun jadi halus.. Tapi nanti nak try buat malam.. Sebab best sikit tido... Lepas sauna.. Rilex kejap... Baru mandi pastu tido pehhhhh. 

Gambar besar tempat letak air, berasingan dengan tempat herba ok... Herba tu akan layu, basah kena wap panas

Oh ye, aku tak beli pun mandian herba... Sauna lebih best guna herba.. So alu create sendiri guna bahan yang ada kat rumah, aku mix lemon, serai, lavender ...huh semerbak harum.... Masa memula sauna turun 200g...doakan istiqamah ok.... 

You May Also Like

4 ulasan

  1. huhu . . rajinnya nak bersauna kat rumah . . kita teringin tapi takut nak bersauna . . sebab tengok orang bersauna macam tak boleh nak menahan je dalam tu . . huhu . .

    ReplyDelete
  2. Bestnya sauna...dulu2 selalu pegi spa.. skrg dah xde kawan nak pegi. Macam nak kena beli jugak ke ni. Eh.. hihihi

    ReplyDelete
  3. Syok jugak sesekali sauna. Mudahnya sauna kat rumah.. 😍

    #1753 husniey follows sini ya

    ReplyDelete
  4. wahhhh.. aiinnn.. teman baca pun bersemangat rasa nak beli..

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish