Top 10 Wishlist Products Must Have From Althea

by - December 15, 2018

Top 10 Wishlist Products Must Have From Althea Korea | HoHoHo Merry Christmas 🌲 untuk semua yang menyambutnya. Eh aku pun tak ketinggalan buat wishlist sempena Christmas di Althea sempena Hari Natal nanti hehe. 10 wishlist??? Cukup ke??? Heheh

Althea Christmas wishlist

Sebagai Althea ambassador di dalam komuniti Althea Angels, aku rasa berbangga sebab Althea semakin hari semakin berkembang dan maju selain tak henti² stock up k-beauty stuff yang best² dengan harga berbaloi. Love you Althea. Recommended untuk korang yang 'kaki beauty' dan sukakan kbeauty... Belian boleh dibuat secara online direct melalui website Althea ataupun menggunakan aplikasi phone. Semestinya original, dipercayai dan servis penghantaran yang tip top. Haishhhh susahnya nak buat pilihan 10 wishlish Althea ni.. Semua nak. . Semua best... Omomomo 😱


Althea Bare Essentials Set

ALTHEA Bare Essentials Set - Hah satu set... Senang... Ada less harga lagi. Memang best set skin care ni, actually aku dah guna 1 set sebelum ni. Gentle pada kulit even jenis kulit sensitif. Paling win primer water tu... All in 1 sangat... Boleh digunakan sebagai primer + toner + soother + mask bla bla bla bla. Lagi jimat beli set





DR.JART + Dermask Shaking Rubber Luminous Shot 

DR. JART+ Dermask Shaking Rubber Luminous Shot
- Ofcoz sebab packaging dan konsep nya yang cute dan unik hehe. Teringin nak try mask ni, hanya perlu shake² je... Tak kotorkan tangan ataupun guna sebarang equipment .Actually ada 3 variant. Kalau boleh nak ketiga² variant tu hehe.



Elizavecca Hell Pore Clean Up Mask

ELIZAVECCA Hell-Pore Clean Up Mask - Huh memang tengah mencari benda ni 😂 senang dan paling berkesan untuk buang blackhead even sel kulit mati dan segala bulu halus yang tak diingini. Huh heavennya yang penting tanpa iritasi pada kulit.. Selamat digunakan


W. Lab Black Kill Pore Cleaner

W.LAB Black Kill Pore Cleaner - Yang ni dalah lama duduk dalam troli hehe. Blackhead treatment siap ada berus halus, ada charcoal dan seawater lagi bagi mudahkan singkirkan sebum berlebihan dan blackhead. Packaging pun sangat praktikal



Onsaemeein Yogurt Peeling 

ONSAEMEEIN Yogurt Peeling - Wahhh tak boleh imagine tepek muka dengan yogurt.. Penuh dengan protein pada muka 😂 Mesti sejuk.. Nyaman je kan. Bagus ni untuk rawat kulit, haluskan kulit, kecilkan liang pori , tegangkan kulit tanpa iritasi.. Pendek kata bagus untuk kulit



Missha Wish Stone Tint Velvet

MISSHA Wish Stone Tint Velvet - Omak aiii cutenya packaging. Praktikal senang dibawa kesanan sini. Selain cute, daripada review banyak kata ia bagus dan tak keringkan bibir. Shade nya lawa sangat twinkling like a gemstones hah gitu.



Nella Aura Radiance B.B Foundation Cream 

NELLA Aura Radiance B.B Foundation Cream - Seriously awesome sangat, harga pun murah. Dah 2 tiub aku pakai. Untuk kulit berjerawat best giler pakai, sebab sangat lightweight dan paling win effect 'chok chok' glass skin



Coringco Cherry Blossom Water Cushion

CORINGCO Cherry Blossom Water Cushion -Cute kan . Kecil tapi complete dengan primer + concealer + glossy moisturiser. Mesti gempak kan. Paling win kpop idol SNS pun guna hahah



Onsaemeein Magic Solution Skin Powder 

ONSAEMEEIN Magic Solution Skin Powder - Banya review even di blogbatau utube kata ini bagus sesangat untuk halang jerawat. Cara guna pun sempoi je. Lately jerawat asik naik je.. So nak try juga ni



Nature Republic Alovera Soothing Gel Mist

NATURE REPUBLIC Aloevera 92% Soothing Gel Mist - Memang best untuk kulit muka. .Soothing + hydrating + cooling. Dah lama tak pakai mist. Yang paling penting ia dibuat dari organik Aloevera dari California









You May Also Like

1 ulasan

  1. Soothing gel mist tu kak pip guna bila cuaca panas ... Best la sejukkan kulit.

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish