Althea Pore Purifying Serum Cleanser | Review

by - January 04, 2019

Hai uols, beauty time lagi hehe 🙂 kali ini aku nak share satu cleanser yang jadi favourite aku akhir-akhir ini. Produk ini exclusive keluaran dari Althea. Produk cleanser ini bukan biasa-biasa tau, special sebab diformulasikan menyerupai serum. Wah... 2 in 1 ke? Jadi excited kan nak tahu.. Jom kita check it out.

Althea Pore Purifying Serum Cleanser 

Althea Pore Purifying Serum Cleanser ini merupakan cleanser yang mengandungi formula menyerupai serum, berfungsi untuk membersihkan makeup, kotoran dan minyak tanpa mengeringkan kulit, serta menyeimbangi tingkat pH pada kulit untuk memastikan agar kulit tetap sihat.

Packaging ,as usual kalau produk dari Althea semuanya diseal dengan kemas. Dengan kemasan dari botol plastik seakan² biru. Lutsinar, so mudah untuk kita tengok isikandungan. Tapi kalau didatangkan dalam bentuk pump lagi bagus kot. Lagi senang dan praktikal

Diformulasikan daripada

  • Ekstrak daun mint – Menyejukkan kulit dan mengurangkan iritasi kulit
  • Minyak jojoba – Melembabkan kulit kering 
  • Ekstrak daun teh – Antibacterial ,Anti-Aging


Guna jari boleh, guna kapas pun okay, depends pada selera korang

Cara penggunaan, boleh direct apply pada kulit muka dengan tangan dan urut perlahan.. Then bilas. Macam aku suka guna kapas muka hehe


Nahhh...bersih kan. .Waterproof pun ok.. Lipmatte, eyeliner, eyeshadow, mascara... Semua ok


Hasil penggunaan aku, sangat best sebab dapat tanggalkan segala makeup, event kotoran halus pada muka, tak menyakitkan, tak pedih muka, tak perlu tonyoh.. Makeup akan mencair sebab tekstur clenser ini adalah oil base dan mengandungi serum. Bau pun just nice, fresh gitu

Oh yeah, sebelum ni aku pernah try juga cleanser oil base macam ni, mula² dulu risau juga, sebab muka jenis oily, takut jerawat naik.. Tapi tak.. Lagi best..lagi gentle pada kulit.

Korang dah cuba? Berbaloi untuk dicuba.. Eh jangan lupa baca review pasal body mist terbaru di Althea Althea x Titi Kamal Stay Fresh Body.html

You May Also Like

2 ulasan

  1. makin mungil laaa bibiaqq org tuueee

    ReplyDelete
  2. Teringin tapi tak tak pandai nak pakai lips jenis gitu...comot ..huhuhu

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish