Althea x Titi Kamal Stay Fresh Body Sparkling Mist | Review

by - January 03, 2019

Selain perfume, body mist atau body spray pun dah jadi kegilaan ramai terutama gigirl termasuk aku haha. Berbeza dengan perfume, body mist lebih mild pada perfume. Tapi sama ke, keduanya ada alkohol. Actually aku ni jenis yang tak pakai perfume tau...sebab pening, sama juga body mist. Kalau guna pun, kena cari yang bau nya mild² gitu, tak boleh over, kuat sangat nanti pening

Althea x Titi Kamal Stay Fresh Body Sparkling 


Tak sangka Althea x  Titi Kamal Stay Fresh Body Sparkling kena dengan 'selera' bau floral dan fruity yang ringan. Kalau nak tahu body mist ni, antara produk terbaru dari Althea Korea hasil kolaborasi dengan artis, pelakon terkenal Indonesia, Titi Kamal

Sebelum tu, aku kongsikan cara yang betul untuk pakai atau sembur body mist supaya wangiannya tahan lama

  • Sembur dibahagian nadi seperti di pergelangan tangan, leher, belakang lutut, antara siku dan lengan dalam jarak 5 inci dengan sekali semburan
  • Jangan digosok² bahagian yang dah disembur, just biarkan body mist tu meresap dan kering dibadan
  • Sebaiknya guna selepas mandi, lap badan kering² then pakai, sebab masa tu, pori masih segar dan terbuka
  • Spray dengan jarak 7-9 inci pada pakaian / rambut pun boleh atau sembur diudara dan lalu kat bawahnya

Kemasan silver yang elegan dan kemas


Packaging so far ok, comel, saiz nya sedang molek boleh simpan dalam tas tangan. Dalam botol plastik, so tak mudah pecah, cuma tak nampak isi kandungannya, lebih bagus ia transparent... Spray tools dengan kemasan silvel, nampak elegan... Semburannya juga 'merebak' luas dan halus....

Expired date dibahagian bawa botol

Bau dan tekstur, keduanya mild sangat, aku suka. Bau floral rose, orange, peach... Tak terlalu sweet bagi aku... Lebih kepada damask rose... Bau fruity tu 'timbul' beberapa saat lepas tu

Ketahanan.. So far aku try pakai... Duduk dalam rumah.. Buat kerja rumah... 4-5 jam still ada bau.. Dan fresh tu. Kalau duduk dalam aircond mungkin lebih tahan lama lagi kot

Harga RM33 sebotol.. Bagi aku berbaloi dengan kualiti dan tempoh ketahannya. Kalau kat drugstore, body mist atau body spray biasa pun dalam kitaran harga tu. Cepat dapatkan di www.althea.kr





You May Also Like

2 ulasan

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish