Baju Raya 2019 Adryssa Atelier X Serina RTW

by - April 10, 2019

Ya Allah.. Pejam celik.. Dah nak puasa dah kan.... Masing-masing mula dah pening fikir persiapan nak menyambut puasa... Dan semestinya persiapan baju raya. Pada korang yang tak sempat diet heheh.. Ataupun memang plus size.... 'no worries' tahun ni, kita boleh melaram sakan dengan koleksi baju raya Adryssa Atelier X Serina  RTW. Jangan kau sedih 😂 Confirm letops macam Serina tu

Adryssa Atelier X Serina RTW 

Apa yang special nya uolss.... baju raya plus size yang aku kongsikan dengan korang ni adalah.... Rekaannya tak terhad, hand made ada 5 koleksi tau.... banyak pilihan warna, design yang cantik.. inspirasi rekaan busana tradisional Melayu klasik dengan perincian details...

Pemilik dan pereka fesyen Adryssa Atelier, Encik Norman Anwar 

Serena... berkolaborasi dalam rekaan baju raya di Adryssa Atelier 

Metarial yang lawa dan paling penting memang istimewa untuk plus size.. .Dari saiz S hingga 4XL. Berkonsepkan 'ready to wear'




Koleksi Sakura Fall

Koleksi Sakura Fall dari Adryssa Atelier X Serina RTW 

Perincian jahitan bunga, manik yang kemas dan cantik

Rekaan diinspirasikan daripada fesyen Asia dan Timur. Nampak macam 'mix and match' cheongsam dan baju kurung kan. Comel lah pula.  Nampak lagi cute bila dihiasi dengan taburan 'bunga sakura' comel di atas baju.

Plus size pun tak ada masalah untuk pilih design 

Saiz S pun ada.. 

Ada potongan labuh dan singkat untuk baju nya. Ada 5 pilihan warna menarik. Harga setiap koleksi Sakura Fall adalah diantara RM199 sehingga RM439.




Koleksi Andalusia

Cantik sangat.. Suka metarial fabrik tu.. Lembut.. Cantik terletak 

Actually, banyak lagi pilihan warna

Kalau nak tahu.. Koleksi Andalusia ni, antara koleksi kegemaran aku. Serius.. Suka sangat dengan jenis fabrik yang digunakan.. Jatuh terletak.. Lawa sangat dengan jahitan manik yang details dan kemas. FYI metarial dan manik semuanya diimport khas dari luar negara. Rekaan ini 
adalah inspirasi daripada artifak dari kesenian Islam di Sepanyol sewaktu zaman kerajaan Moor dan keindahan Kota Alhambra. Harganya bermula dari RM439 -RM599




Koleksi Warisan

Pilihan warna terang menyerlahkan si pemakai

Design dari rekaan baju kurung tradisional dengan leher cekak musang


Koleksi Warisan ni.. Memang memenuhi ciri busana klasik Melayu. Dan diberi nama sempena nama srikandi Melayu seperti Dang Anum, Tun Teja dan Tun Fatimah. Sangat klasik dan ekslusif. Pilihan warna dan fabrik yang cantik dan selesa.  Harga untuk setiap busana adalah RM439





Koleksi Azalea & Eridalea

Menarik kan kilauan manik, labuci pada baju tu

Pilihan warna, fabrik yang cantik dan menarik


Diilhamkan sendiri oleh pemilik dan pereka fesyen Adryssa Atelier. Baju kurung moden dengan perincian sulaman bunga dan manik di fabrik. Manik yang digunakan lebih berkualiti dan mahal. Memang kemas.. Jahitan dan perincian jahitan manik. Memang kena dengan potongan dan fabrik yang digunakan. Sesuai dengan cuaca Malaysia. Harga untuk setiap rekaan adalah RM439 - RM699.



Koleksi Adryssa Luxe

Wah perincian penuh... Telitinya... .

Gemerlapan busana ekslusif dari Adryssa Atelier X Serina RTW 

Design ekslusif dari mereka yang berpengalaman


Koleksi ini merupakan koleksi esklusif. Sesuai dipakai ke majlis-majlis makan malam, majlis keraian dan sebagainya. Setiap perincian di  kain adalah manik dan 'feathers'. Harga untuk koleksi ini bermula dari RM1200. Boleh beli terus atau boleh juga disewa. Memang sangat ekslusif.... Jahitan manik, feathers yang digunakan nampak bergemerlapan.... Dengan fabrik yang digunakan. Rekaan ini mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan memandangkan banyak perincian yang perlu dibuat bermula dengan pemilihan fabrik dan manik yang bersesuaian.

So korang dah tau dimana nak dapatkan koleksi baju raya tahun ni. Terutama yang plus size.. Jangan risau... Design sama letops je tau. Dan ianya rekaan esklusif yang hanya ada 14 helai sahaja untuk setiap rekaan. Dan saiznya bermula dari saiz S sehinggalah 4XL.


Tempahan dan belian koleksi pakaian hanya mengambil masa 3 hari bekerja .Manakala untuk koleksi Adryssa Luxe mengambil masa 3 minggu dan 50% deposit dikenakan .


Pelbagai koleksi menarik di :
https://www.instagram.com/adryssaatelier/

Atau boleh terus 'walk-in' ke butik :
Perles et Plumes Sdn. Bhd.
C-05-13, Colonial Loft, Empire City,
Jalan PJU 8/8,
Damansara Perdana


Sebarang pertanyaan, belian, tempahan...boleh juga terus whatsapp ke :

www.wasap.my/60192621708









You May Also Like

0 ulasan

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish