Restoran Mangkuk Ayam | Dpulze Cyberjaya

by - April 24, 2019

Mangkuk Ayam ??? Unik kan nama restoran ni. Adakah semua mangkuk disini bergambar ayam atau semua menu di Restoran Mangkuk Ayam ni berasaskan ayam ? Haha.... jom kita tengok...apa yang menarik disini

Restoran Mangkuk Ayam, Cyberjaya 

Wah dekorasi semuanya ada gambar ayam..terutama pinggan dan mangkuk. Actually menu di Restoran Mangkuk Ayam ada pelbagai variasi ada mix masakan Melayu dan Cina . Paling penting ianya ada pengiktirafan sijil HALAL

Restoran ni , tak terlalu luas tapi, selesa juga kalau makan bersama keluarga. Dan betul² bersebelahan parking lot, so lepas shopping kalau lapar boleh lepak makan dulu hehe.

Wah terbeliak mata, sebab banyaknya menu yang disajikan. Menu berasaskan nasi, mee semuanya ada hingga ke pencuci mulut.

Ayam dimana² hehe.. Cute kan

Menu Mangkuk Ayam juga ada dalam pilihan ala carte dan set untuk masa² tertentu. So lebih jimat

Kalau nak explain satu² menu di Mangkuk Ayam, rasanya tak cukup satu entry haha. Sebab terlalu banyak. Apa yang menariknya...portion makanan disini sangat banyak dan berbaloi dengan harga. Satu hidangan tu kadang boleh kongsi 2 orang makan tau.

Antara menu rojak yang ada.. Semuanya yummy


Nampak tak Rojak Sotong huhu... sedapnya

Penggemar rojak....pehhh di Mangkuk Ayam ada pelbagai jenis rojak tau...kuah rojaknya memang TERBAIK serius tak tipu. Padu sangat rasanya. Terutama Mee Rojak Ayam, Mee Rojak Sotong, Pecal Sayur dan Rojak Buah

Besarkan portion makanan di Mangkuk Ayam

Rambang mata... Semua nak cuba hehe


Menu berasaskan mee, macam Laksa , Mee Kari,  pun sedap sangat. Kuahnya memang pekat. Huh tak sedar separuh mangkuk licin haha

Aneka menu berasaskan nasi

Nasi Air menu terbaru di Mangkuk Ayam

Nasi Lemak ni maveles sambalnya huh

Kalau jenis yang memang kena makan nasi..jangan risau...macam² ada.. Nasi Rendang Daging, Nasi Kari Ayam, Bubur Ayam..semuanya ada...hu mengiurkan

Jis kedondong asam boi tu pure sangat.. Sedap



Sedap.. Fresh sangat... Laicikang, I Mangga Ais, Cendol, ABC
Minuman dan pemanis mulut pun banyak pilihan dan paling wajib korang kena cuba adalah Mangga Ais... pure mangga tau..isi mangga sejuk² hu sangat juicy dan fresh

Wajah girang kekenyangan haha

Overall dari menu, servis semuanya memuaskan, sedap dan berbaloi dengan harga. Nanti kalau korang ke Cyberjaya jangan lupa cuba menu menarik di Restoran Mangkuk Ayam

Restoran Mangkuk Ayam Malaysia
P10, D’Pulze Shopping Centre
Cyberjaya

Facebook : Restoran Mangkuk Ayam Malaysia

You May Also Like

0 ulasan

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish