Sertai Peraduan Yeo’s Raya Bergaya – Menang Proton X70

by - April 23, 2019

Hai semua... pejam celik nak puasa... kan... Mula lah pening nak fikir juadah untuk bersahur dan berbuka puasa nanti. Kalau kami sekeluarga, memang akan menyiapkan stok makanan kering, bahan-bahan basah supaya tak kelam kabut dalam membuat persediaan nanti. Untuk minuman pula, tak sah kalau tak ada stok susu soya Yeo's untuk bersahur dan berbuka puasa. Selain soya, perisa minuman Yeo's kegemaran sekeluarga kami adalah laici, kundur dan teh ais limau.  

Yeo's laici memang pilihan hihi


Sambil-sambil dah mula menyiapkan persiapan nak menyambut Ramadan, Seperti tahun-tahun sebelumnya aku akan mengambil kesempatan untuk menyertai peraduan anjuran Yeo's. Semua berpeluang menang duit raya dengan Yeo's. Bagaimana? Mudah je, dengan hanya sertai Yeo's Peraduan Raya Bergaya. Yang istimewanya ,bukan berpeluang menang wang tunai..malah sebuah kereta tau.


Kalau nak tahu,  Peraduan Yeo's Raya Bergaya 2019 bermula dari 15 April 2019 sehingga 9 Jun 2019. Hadiah wang terkumpul sebanyak RM200,000.00 sedia untuk dimenangi pada tahun ini. Wahh kalau menang hadiah utama berupa Proton x70 tu, alangkah meriahnya raya kan? Hehe.. Paling tidak pun, kalau rezeki menang hadiah mingguan RM500 tunai pun kira syukur dah kan.

Cabutan Mingguan
Hadiah Mingguan
200 x RM 500.00 Wang Tunai

Jadual Cabutan Mingguan
Minggu 1: 15 Apr – 21 Apr 2019
Minggu 2: 22 Apr – 28 Apr 2019
Minggu 3: 29 Apr – 5 Mei 2019
Minggu 4: 6 Mei – 12 Mei 2019
Minggu 5: 13 Mei – 19 Mei 2019
Minggu 6: 20 Mei – 26 Mei 2019
Minggu 7: 27 Mei – 2 Jun 2019
Minggu 8: 3 Jun – 9 Jun 2019

Hadiah Perutama:
1 x Proton SUV X70 1.8 TGDI Standard 2WD


Cara-cara penyertaan Peraduan Yeo's Raya Bergaya 2019

Langkah 1 :
Beli mana-mana produk makanan (makanan dalam tin/sos/mee) dan / atau produk minuman Yeo's dan / Cintan / Justea ( produk Yeo's dan / atau Tong Nam) bernilai RM8.00 didalam satu resit rasmi

Wajib minima 1 minuman Yeo's dalam botol ( 1 resit = 1 penyertaan)
Resit kedai perlu bercetak jelas jenama produk Yeo's bersama nilai belian dengan tarikh dalam tempoh peraduan

Langkah 2 :
Buka aplikasi Whatsapp, muat naik gambar resit rasmi, bukti belian dengan sertakan maklumat ( Nama penuh, Nombor Kad pengenalan & Nombor Resit)

Gambar resit mestilah mematuhi kriteria :
- Memaparkan nama kedai, tarikh, no resit, kuantiti dan nilai belian produk Yeo's  . Resit rasmi yang berlipat tidak aoan diterima
- Gambar haruslah memenuhi standard visual minimal. Kejelasan imej yang terjejas oleh percampuran warna, kekasaran, kekaburan, pendedahan berlebihan,artifak mampatan atau lain-lain degradasi yang jelas kelihatan tidak akan diterima dan akan dibatalkan

Langkah 3 :
Hantar penyertaan melalui aplikasi whatsapp ke 012-2124873

Satu notifikasi melalui aplikasi whatsapp dari penganjur akan diterima oleh peserta dalam tempoh 1-3 hari bekerja

Langkah 4 :
Simpan resit rasmi pembelian untuk bukti pengesahan


Wah mudahkan syarat penyertaannya, jangan tunggu lagi, besok jom kita pakat beli produk Yeo's, sambil membeli tu, kita boleh sertai Peraduan Yeo's Raya Bergaya 2019 . Mana tahu rezeki kita pula tahu ni kan. Jangan lupa Wajib beli minima 1 botol minuman Yeo's. Tentunya aku akan beli Yeo's Susu Soya 1 liter, sekarang dah ada packaging baru tau.


Dengan teknologi pemprosesan pengisian sejuk, ia menjadikan susu soya Yeo's kekal segar, mudah alih, mudah disimpan, tidak mudah tumpah dan paling penting ia boleh dikitar semula.

Maklumat lanjut, sila layari www.yeos.com.my

You May Also Like

0 ulasan

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish