Taste Tomorrow 2019 Puratos Malaysia

by - May 10, 2019

Pengalaman menarik bila dapat menyertai sesi perkongsian berguna di Taste Tomorrow 2019 anjuran Puratos Malaysia yang mana sedang meraikan ulangtahun ke-100 mereka. Puratos merupakan pelopor utama dalam industry bakery, patisserie dan coklat.



Puratos mengeluarkan dan memasarkan bahan-bahan membuat bakery selaain menyalurkan info dan bantuan dalam pemilihan produk yang berkualiti mengikut standard dan pilihan pengguna.


Perkongsian dalam Taste Tomorrow merupakan sebuah kaji selidik daripada lebih 40 buah negara oleh lebih kurang 17,000 pengguna . Kaji selidik berkaitan bakery, patisserie dan coklat ini disertai oleh pengguna tempatan dan global .


Taste Tomorrow dihadiri oleh para media, dan dirasmikan oleh Puratos Marker Director dari SEA iaitu Mr Bernard Poplimont dan team Puratos Malaysia

Dari kaji selidik Taste Tomorrow dapat dirumuskan tentang kehendak dan keperluan pengguna diluar sana. Contohnya pengguna mementingkan rasa, tahap kesihatan , kesegaran, seni, gaya hidup dan lain-lain sebelum membeli sesuatu produk. Dan kaji selidik ini, berubah-rubah mengikut tahun.

Di Taste Tomorrow juga kami diperkenalkan dan berpeluang merasa menu-menu pasty ,bakery terbaru di cafe Puratos. Yang mana menu nya diinovasikan supaya mencapai kehendak pengguna.


Macchiato Chocolate Cake
Yang disajikan bersama air sparkling bagi menaikkan rasa coklat dan kopi. Kek ini juga dihasilkan dengan kadar gula yang rendah 25% tapi masih dapat mengekalkan rasa dan tekstur yang sama.



Selain daripada ada juga menu baru Strawberry Croissant, Cold Coconut & Mango Cocktail

Paling menarik kami semua dibawa melawat ke seluruh Puratos, dapat melihat peralatan proses pembuatan produk secara langsung depan mata. Paling best melawat Chocolate Lover Cafe bermacam aneka coklat Belgian, Belcolade dan Trace ada disitu. Semuanya jenis coklat premium berkualiti.



The Authentic Sourdough Bakery
Pelbagai roti yang ada disediakan. Kelainan resepi membuatkan roti disini nampak dan rasa menarik. Dan teknologi yang digunakan membuatkan rotinya gebu dan lembut




The Delectable Patisserie Salon Booth
Memang sepanjang² meja dihidangkan dengan pelbagai jenis, bentuk dan rasa pastisserie daripada chef handalan Puratos.

Kesemua produk dan menu di Puratos menggunakan teknologi tinggi bagi mengekalkan rasa, tekstur dengan resepi menarik bagi menepati kehendak pengguna seiring dengan gaya hidup yang sibuk.

Website:
https://www.tastetomorrow.com/
https://www.puratos.com.my/en

FB: https://www.facebook.com/puratosmalaysia/

You May Also Like

2 ulasan

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish