TIKET MURAH KE LONDON DI SINGAPORE AIRLINES

by - September 22, 2019

Hai korang, bestnya kan kalau dapat peluang bercuti keluar negara, antara negara yang paling best untuk dikunjungi adalah London, wahhhh bestnya luangkan masa bersama keluarga, jalan-jalan tengok negara orang, makan-makan...lagi best kalau dapat naik Singapore Airlines.
Kenapa best? Bestlah sebab ia merupakan antara airlines terbesar di Asia Tenggara tau. Diorang based dekat Changi International Airport, dan boleh terbang ke lebih kurang 62 destinasi seluruh dunia. Dalam flight ni ada economy class, premium economy, business, first class dan suites. Ikut korang lah nak naik yang mana-mana sebab based kepada bajet dan keselesaan kita.  Kalau bajet kecil dan nak yang paling murah pilihlah economy class. Makanan pun ada disediakan kalau flight jauh. Untuk yang lain-lain, lebih selesa dan ada makanan yang special. Tapi kalau economy pun okay sebab takdelah jauh mana dari KLIA ke Singapore kan.



Nak mudah, book aje guna web atau apps Traveloka. Klik klik dah siap. Mudah, cepat dan paling penting dipercayaia. Once korang dah dapat cari best flight to London  nanti korang boleh google pasal London. So disebabkan itu aku nak kongsikan dengan korang antara tempat-tempat yang korang boleh pergi sana nanti. Leadenhall Market adalah pasar tertutup London yang terletak di Gracechurch Street. Pasar ini merupakan salah satu pasar yang tertua wujud di London. Berapa tua? Ianya telah wujud sejak abad ke-14 lagi! Pasar yang dulunya dipenuhi dengan jualan daging dan barangan basah yang lain kini merupakan lokasi shopping yang padat dengan pelbagai jenis kedai seperti butik, restoran, kafe dan lain-lain lagi.



Eel Pie Island adalah sebuah pulau kecil yang bersaiz hanyalah 8 ekar yang terletak di River Thames di Twickenham. Walaupun kecil, pulau ini sebenarnya menyimpan sejarah yang sangat menarik untuk didengar. Untuk pengetahuan korang, pada suatu ketika dulu pulau ini pernah memiliki sebuah hotel yang terkenal dengan pelbagai pertunjukan muzik seperti Rolling Stones, David Bowie, The Who, Pink Floyd dan banyak lagi! Namun kini, hotel tersebut telah dijadikan muzium. Selain dapat melawati pulau yang pernah dijejaki nama-nama besar dalam industri muzik pada suatu ketika dulu, korang juga dapat melawat studio-studio kaki seni yang dibuka kat sini kepada orang awam dari bulan Jun ke Disember setiap tahun.



Hyde Park boleh dikatakan sebagai salah satu taman yang paling terkenal di London dan juga yang paling luas. Kenapa ianya terkenal? Taman ini sering dijadikan pilihan untuk demonstrasi dan protes besar-besaran di London  dan ini termasuklah pergerakan wanita untuk mendapat hak mengundi (Suffragettes) pada tahun 1908. Taman yang berkeluasan 142 hektar ini dipenuhi dengan lebih daripada 4,000 pokok, sebuah tasik yang besar, taman-taman bunga dan pelbagai kemudahan rekreasi yang lain. Kalau datang dengan family, bawa anak-anak bolehlah ambil peluang beriadah di  Hyde Park , kat sana boleh berenang, bermain tenis, atau membawa anak-anak bermain di taman permainan yang ada kat sana, memang menarik,  anak-anak mesti gembira. Kalau di Malaysia, Putrajaya adalah lokasi di mana terletaknya bangunan-bangunan kerajaan, kalau di London pula, Westminster adalah tempatnya. Kat sinilah terletaknya bangunan-bangunan parlimen dan juga jam ikonik London, Big Ben yang berbunyi pada setiap jam. Kalau korang berpeluang ke sini, jangan lupa untuk singgah ke Parliament Square di mana terletaknya tugu-tugu orang yang penting dalam politik iaitu Winston Churchill dan Nelson Mandela. Tarikan lain yang terdapat di Westmister adalah Buckingham Palace.

So untuk dapatkan Singapore Airlines promo  yang murah korang kena pergi kat web Traveloka.  Dekat Traveloka korang boleh buat online booking, korang kena bukak Traveloka web atau apps, search dulu logo Emirates, then isikan detail macam destinasi yang korang nak pergi contohnya London, cari tarikh yang korang plan, preferably bukan musim cuti sekolah atau perayaan. Lepas tu click search flight, dank orang akan nampak list of flights yang ada pada tarikh yang korang pilih tu. Korang pilih yang mana satu korang nak, isi detail passengers, lepas tu buat payment. Ada banyak cara nak buat payment tapi yang senang online banking atau kad kredit. Kalau semuanya okay korang akan dapat e-ticket kat dalam account Traveloka korang atau email. Simpan elok-elok dan jangan hilangkan tau. Sebab e-ticket nilah proof masa korang nak check in kat airport nanti.

You May Also Like

0 ulasan

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish